home Semasa Lebih 170,000 bayi pelarian Syria lahir di Turki

Lebih 170,000 bayi pelarian Syria lahir di Turki

syrian-babies-turkey

 

ANKARA – Lebih 170,000 bayi dilahirkan di Turki sejak kemasukan pelarian ke Syria ke negara itu, lapor Agensi Pengurusan Bencana Turki (AFAD).

Agensi itu berkata, pelbagai bantuan telah disalurkan khususnya kepada wanita mengandung dan ibu selepas bersalin termasuk kemudahan untuk menyusukan anak.

Turki telah berusaha yang terbaik untuk bertanggungjawab membantu sebahagian besar rakyat Syria yang ditindas berikutan perang saudara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Setakat ini dilaporkan lebih 12 billion dolar dibelanjakan untuk tiga juta pelarian manakala, bantuan daripada masyarakat antarabangsa berjumlah sekitar 512 juta dolar.

AFAD berkata, bantuan kewangan itu digunakan untuk memberi kemudahan kepada pelarian di Turki.

“Sekurang-kurangya, 82,000 kanak-kanak Syria dihantar ke sekolah. Selain itu, kerjasama antara Kementerian Pendidikan Turki dan AFAD turut memastikan 310, 000 kanak-kanak dihantar ke tadika dan perikat menengah.

“Sekurang-kurangnya 115,000 orang dewasa Syria mendapat kemahiran dan diambil bekerja setelah menjalani pelbagai program yang dianjurkan di pusat AFAD,” katanya agensi itu.

Turki sebelum ini berulang kali menyelar masyarakat antarabangsa kerana tidak melakukan lebih usaha untuk menangani perpindahan besar-besaran rakyat Syria, dengan lebih separuh daripada penduduk negara itu terpaksa melarikan diri daripada rumah akibat peperangan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Lebih 170,000 bayi pelarian Syria lahir di Turki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *