home Semasa Saudaraku Rohingya…

Saudaraku Rohingya…

e64d94afb83b49adaa15564387a6afcc_18

 

Saudaraku Rohingya…

Dibakar,
Dihalau,
Dibelasah,
Ditindas,
Disekat bantuan,
Dinafikan hak sebagai rakyat…

Hari rohingya setiap hari,
Tapi masih mampu berdiri di atas kaki,
Kerana Islam tidak mengajar istilah menyerah diri…

Lahir dan mati sebagai pejuang,
Tetap berdiri tegak dan terus berjuang,
Kerana kebenaran pasti akan menang..

Entah bagaimana sukar keadaan mereka,
Kita di sini hidup selesa dan bebas merata,
Tidak menggetar hati dan jiwa,
Marah, sedih dan geram tiada..

Sedangkan mereka saudara kita,
Saudara aqidah mulia,
Yang disatukan atas dasar agama…

Mainkanlah peranan kita,
Mereka menunggu doa kita,
Mereka perlukan doa kita…

Tiada yang mampu lari dari ketetapan Allah,
Jika Allah berkehendak…

Jika kita kumpulkan segenap usaha kekuatan,
dunia ini akan rebah di hadapan..

Allah itu maha mendengar…

Maafkan aku wahai saudaraku,
Hanya doa yang mampu dititipku,
Jangan kau tunding jari kearahku,
Ketika bertemu Hari (akhirat) itu,
Kerana ketidak usaha dan upayaanku…

Nukilan Syafiq Syahmi Sazali

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Saudaraku Rohingya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *