home Semasa Tanda baru permulaan, pengakhiran tawaf dipasang pada Kiswah

Tanda baru permulaan, pengakhiran tawaf dipasang pada Kiswah

kiswa

 

MAKKAH – Buat pertama kalinya, kelambu Kaabah atau Kiswah, mempunyai sulaman baharu yang akan menjadi tanda bermula dan berakhirnya tawaf tujuh pusingan mengelilingi Kaabah.

Langkah ini bukan saja membantu jemaah membuat pengiraan jumlah pusingan tawaf, malah boleh mengurangkan aliran mereka yang melakukan tawaf.

Sulaman benang emas besar berbentuk bulat bertuliskan Allahu Akbar dipasang di bahagian atas Hajar Aswad, sebagai menandakan permulaan dan pengakhiran tawaf.

Pemasangan itu menjadi petunjuk yang lebih jelas kepada jemaah, berikutan kawasan tawaf yang diperbesarkan selain jumlah jemaah yang meningkat.

Sebelum ini, lampu hijau yang dipasang di dinding Masjidil Haram menjadi panduan kepada jemaah untuk memulakan dan mengakhiri tawaf.

Kiswah yang dihiasi dengan ayat-ayat suci al-Quran dihasilkan dengan menggunakan benang emas dan perak menerusi sentuhan hampir 100 penyulam pakar.

Emas dan perak masing-masing seberat 120 kilogram yang disadur pada benang khas yang semuanya diimport dari Jerman, turut digunakan untuk menyulam Kiswah.

Tinggi Kiswah yang dihasilkan adalah lebih kurang 14 meter, ukuran lebar kain Kiswah daripada bahagian dua rukun (sudut) ialah 10.78 meter, ukuran lebar daripada bahagian Multazam ialah 12.50 meter.

Manakala ukuran lebar kain Kiswah daripada bahagian Hajar Aswad ialah 10.50 meter manakala ukuran lebar kain Kiswah daripada bahagian Bab Ibrahim ialah 13 meter. Penghasilan setiap Kiswah membabitkan kos kira-kira RM24 juta. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Tanda baru permulaan, pengakhiran tawaf dipasang pada Kiswah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *