home Semasa Turki kutuk Israel haramkan azan guna pembesar suara

Turki kutuk Israel haramkan azan guna pembesar suara

turki

 

ISTANBUL – Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim, mengutuk Rang Undang-Undang Israel yang mengharamkan penggunaan pembesar suara bagi melaungkan seruan azan.

Berucap pada sidang antara Parlimen semalam, Yildrim berkata, tindakan itu menyakitkan hati umat Islam serta menghalang kebebasan beragama.

Difahamkan, Rang Undang-Undang berkenaan terpakai kepada semua agama di seluruh Israel bagaimanapun, ramai bimbang ia ditujukan kepada masjid berikutan Israel mendakwa kerap menderita berikutan bunyi bising yang disebabkan oleh laungan seruan azan.

Selain itu, Yildrim berkata, Israel turut mewujudkan Pusat Pemeriksaan dalam dan sekitar Al-Quds bagi menyekat kebebasan masyarakat Islam dan Kristian ke tahap yang lebih tinggi.

“Tujuannya adalah jelas; untuk menakutkan pemilik sebenar di rantau ini iaitu tamadun purba agama Islam dan Kristian dan dengan itu secara radikal mengubah struktur bersejarah di bandar ini dan kemudianny membentuk Al-Quds menjadi ibu negara Israel dan Yahudim.

“Sehubungan itu, Turki tidak akan bertolak ansur dengan polisi berkenaan,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

 

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *