home Semasa Wanita Islam di AS bimbang pakai tudung di bawah pemerintahan Trump

Wanita Islam di AS bimbang pakai tudung di bawah pemerintahan Trump

muslim-women-crying

 

TEXAS – Rata-rata wanita beragama Islam di Amerika Syarikat meluahkan kebimbangan mereka untuk mengenakan tudung di bawah kepimpinan baharu, Donald Trump yang dilantik menjadi Presiden AS kuat kuasa 20 Januari tahun depan.

Memetik laporan antarabangsa, kebanyakan wanita takut untuk memakai tudung secara terbuka ekoran dibimbangi mengundang kepada serangan fizikal.

Pengarang portal mengenai agama, Dilshad Ali berkata, beliau tidak pernah bimbang dan takut untuk memakai tudung di khalayak umum sehingga Trump dipilih sebagai Presiden.

“Saya terbangun hari ini, dan apa yang saya takutkan selama ini benar-benar terjadi,” katanya.

Kebimbangan yang sama turut diluahkan penulis dan penganalisis luar negeri, Wardah Khalid berhubung kenyataan Trump sebelum ini yang melarang orang Islam dari berada di negara itu.

“Semua daripada kita bimbang dengan pelantikan Trump itu. Saya juga bimbang terhadap keselamatan isteri dan anak perempuan saya yang bertudung jika keluar rumah,” kata Qadhi.

Sebelum ini, Trump berulang kali menegaskan dalam kempennya untuk melarang orang Islam datang ke negara itu sekirannya memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Wanita Islam di AS bimbang pakai tudung di bawah pemerintahan Trump

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *