home Semasa Aleppo: Kanak-kanak dibakar dan pembunuhan beramai-ramai di jalanan

Aleppo: Kanak-kanak dibakar dan pembunuhan beramai-ramai di jalanan

 

Dikhuatiri sedang belaku pembunuhan beramai-ramai di bandar Aleppo setelah ia jatuh ke tangan tentera rejim Basyar malam tadi. Laporan tempatan melaporkan kanak-kanak diatur secara berbaris untuk ditembak beramai-ramai.

Aleppo24, sebuah badan berkecuali melaporkan sekurang-kurangnya satu insiden di mana seorang budak di bakar hidup-hidup. Tentera Basyar Assad kini dilihat menguasai keseluruhan bandar Aleppo yang menjadi pusat perang saudara sejak 4 tahun lalu.

Kini dikhuatiri nasib 100,000 orang awam yang terperangkap dalam kawasan kira-kira 5 batu persegi. Mereka merayu kepada Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) untuk menyediakan jalan keluar selamat buat mereka.

Ramai di antara mereka menyampaikan pesanan tweeter terakhir meminta bantuan antarabangsa.

Lina Syamy, seorang aktivis yang berkhidmat di dalam Aleppo menghantar pesanan video di dalam tweeter menyatakan “Kepada sesiapa yang boleh mendengar kami. Kami terdedah kepada pembunuhan genoside di dalam Aleppo. Mungkin ini video terakhir”.

Setiausaha Agung UN, Ban Ki Moon menyatakan beliau amat “kesal” dengan tahap keganasan yang berlaku.

Tiada maklumbalas rasmi dari kerajaan Syria atau rakan karib mereka Rusia atas pertuduhan ini.

White Helmets yang memainkan peranan sebagai barisan hadapan untuk rawatan terhadap kecederaan telah merayu kepada UN untuk campur tangan dalam krisis kemanusiaan ini.

Dalam satu tulisan mereka, dilaporkan:

“Bom digugurkan tatkala kami menulis ini. Sudah beberapa tahun aktivis kemanusiaan kami memberi khidmat untuk menyelamatkan nyawa penduduk Aleppo dengan melakukan operasi di hospital bawah tanah, menyelamatkan keseluruhan keluarga yang tertimbus di bawah runtuhan dan mengambil risiko kematian melaporkan apa yang dilakukan oleh tentera Assad dan rakan karib mereka Rusia. Kini kami tidak mampu melakukan apa-apa lagi”.

“Kini kami bersama 100,000 orang awam yang terperangkap di bawah tanah di kawasan seluas 5 batu persegi, dihujani bom dan tembakan mortar tanpa henti. Dalam satu bangunan, lebih 500 orang mengambil perlindungan. Orang ramai ini telah berada di bawah tanah berhari-hari”.

“Kami menyeru anda semua komuniti antarabangsa untuk menyediakan jalan keluar untuk 100,000 yang terperangkap ini. Kami tahu UN mempunyai perancangan membawa kami keluar 4km ke arah Barat Aleppo, dengan lori dan bas dalam jangka 24 jam. Namun kami memerlukan jaminan keselamatan kepada para penolong dan diri kami.

“Jika kami bertahan, kami takut keselamatan diri kami. Wanita kemungkinan akan dibawa ke kem-kem, lelaki menghilang dan sesiapa yang dilihat memberi sokongan kepada penduduk awam akan ditangkap atau dibunuh. Kami telah melihat ribuan dari kalangan anak-anak lelaki dan lelaki di kalangan kami ditangkap.

“Tidak dapat dikira berapa ramai jururawat, doktor dan sukarelawan White Helmets telah menjadi sasaran dan dibunuh dalam usaha tentera Basyar menguasai Aleppo.

“Kami amat terkejut bagaimana negara-negara superpower tidak boleh menjamin keselamatan kami hanya untuk pergerakan sejauh 4km.

Sumber: http://www.mirror.co.uk/news/world-news/reports-children-burned-alive-mass-9446656.amp

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *