home Semasa Aman Palestin terima sumbangan RM13, 863.61 daripada Jam Tawaf Al Isra

Aman Palestin terima sumbangan RM13, 863.61 daripada Jam Tawaf Al Isra

 

KOTA BHARU, 28 Rabiulawal 1438H, Rabu – Aman Palestin menerima cek sumbangan untuk Aid For Syria (bantuan musim sejuk) sebanyak RM13, 863.61 daripada syarikat Jam Tawaf Al Isra di sini, hari ini.

Sumbangan mok cek berkenaan disampaikan oleh Pengurus Syarikat Al Isra Group PLT, Mohamad Nurhasbullah Mohamad Ariffin kepada Pengurus Aman Palestin Kelantan, Mohd Salmi Mohamed.

“Dengan sumbangan yang diterima ini dari syarikat Al Isra, dapatlah kita menggunakan dana yang ada untuk membantu rakyat di sana (Syria),” kata Mohd Salmi.

Aid For Syria adalah satu inisiatif untuk membantu rakyat di sana yang bukan sahaja menjadi pelarian malah terpaksa berdepan musim sejuk.

Mohd Salmi berkata, melalui kempen itu juga, pihaknya melancarkan dua pakej utama iaitu pakej bantuan musim sejuk bernilai RM 150 dan pakej kedua Pakej Ten4Syria yang bernilai RM 10.

“Setakat ini dana terkumpul kita di Kelantan sudah mencecah RM 363 ribu berbanding tahun sebelumnya RM 180 ribu sejak kempen ini dilancarkan Oktober tahun lalu.

“Kita harap lebih ramai lagi tampil menghulurkan sumbangan bagi membantu mereka yang memerlukan melalui akaun maybank 562263010787 atau akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 12029010047880.

Sebarang maklumat lanjut boleh didapati dilaman sesawang www.amanpalestin.net atau di talian 09-7430784.

Sumber : ismaweb

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *