home Semasa DBP dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sepakat bantu kemaslahatan ummah

DBP dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sepakat bantu kemaslahatan ummah

dbp

 

KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hari ini, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam usaha memperkukuh, menggalak dan membangunkan peluang penyelidikan bagi tujuan kemaslahatan ummah.

Antara bidang kerjasama akan dijalankan ialah penerbitan, perundingan, perkongsian maklumat dan penyelidikan.

Timbalan Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehudin Abang Shokeran, berkata kerjasama dengan pejabat mufti itu bagi memastikan penerbitan buku agama Islam dapat dipertingkatkan lagi untuk panduan masyarakat.

“Kita amat berharap supaya dapat mengeluarkan buku berkualiti dengan adanya kepakaran daripada pejabat mufti sekali gus membantu menyediakan bahan manuskrip agama.

“Beberapa aspek dipersetujui bagi penerbitan berkaitan buku agama Islam antaranya penyediaan bahan manakala DBP akan memeriksa dari segi bahasa.

“Tujuan utama kita adalah untuk memperluaskan bahan bacaan keagamaan yang sesuai untuk keperluan pengguna di Wilayah Persekutuan seperti masjid, pejabat agama serta institusi pendidikan,” katanya ditemui selepas Program Wacana Fikrah Ummah ke-3 2016 dan MoU DBP bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, di sini.

Turut hadir, Ketua Pengarah DBP, Datuk Abdul Adzis Abas dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *