home Semasa Hamas sambut ulang tahun ke-29

Hamas sambut ulang tahun ke-29

 

GAZA – Ribuan penduduk Palestin menyambut ulangtahun penubuhan ke-29 Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Gaza, Palestin dengan penuh kegembiraan, hari ini meskipun dalam kehujanan.

Dalam kesempatan menyambut ulangtahun penubuhan Hamas, terdapat juga peserta yang turut membawa sepanduk dengan tulisan Solidariti buat Aleppo bagi menunjukkan rasa keprihatinan terhadap tragedi yang menimpa saudara mereka di Syria.

 

 

Penganalisis Arab berkata, Hamas mewakili seluruh negara kerana mereka berpihak kepada negara mereka meskipun terdapat implikasi politik terhadapnya.

Pergerakan ini juga, katanya, berpengalaman di medan perang dan menjadi antara pengantara negara Arab dan negara Islam.

Hamas telah secara rasminya ditubuhkan pada tahun 15 Disember 1987 dan sejak penubuhannya, Hamas telah melancarkan serangan balas terhadap pendudukan Zionis Israel, negara haram yang menakluki wilayah Palestin.

Ratusan ribu rakyat Palestin melarikan diri atau diusir dalam perang Asia Barat ketika pembentukan Israel pada tahun 1948.

Pelarian dan keturunan mereka kini berjumlah jutaan orang dan kebanyakannya masih tinggal di rantau ini.
– Ismaweb

www.indahnyaislam.my

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *