home Semasa Lebih 4 juta umat Islam tinggal di Jerman

Lebih 4 juta umat Islam tinggal di Jerman

 

BERLIN – Pejabat Pesekutuan bagi Migrasi dan Pelarian (BAMF) melaporkan pada akhir 2015, di antara 4.4 juta dan 4.7 juta umat Islam tinggal di Jerman.

Laporan itu yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, menunjukkan dengan jumlah populasi penduduk Jerman kira-kira 81.4 juta orang bermakna 5.7 peratus daripada penduduk yang tinggal di Jerman mengamalkan ajaran Islam.

Ia juga menunjukkan peningkatan sebanyak kira-kira 1.2 juta orang sejak bancian terakhir pada tahun 2011.

Dalam masa yang sama, laporan itu menyifatkan peningkatan bilangan besar pendatang pada negara ini tahun lepas, temasuk rekod hampir 900,000 pelarian berasal daripada negara Islam.

BAMF turut melaporkan antara 2014 dan 2015, kira–kira 2.14 juta orang berpindah ke Jerman termasuk mereka yang mencari perlindungan serta rakyat negara Eropah dan Jerman yang sebelum ini menetap di negara lain.

“Kira-kira 57 peratus daripada mereka yang berhijrah ke Jerman adalah dari negara Eropah dan kira-kira enam peratus daripada Jerman.

“Sementara itu, Syria pula terdiri daripada kumpulan terbesar pendatang di mana 15.3 peratus daripada jumlah keseluruhan, diikuti Romania (10 peratus) dan Poland (9.2) peratus,” kata Menteri Dalam Negeri, Thomas Maiziere dalam satu kenyataan mengulas mengenai laporan itu.

Antara sebab penduduk bukan dari negara Eropah berpindah ke sini disebabkan faktor kemanusiaan, keluarga serta pengajian.

Selain itu mereka yang berpindah ke Jerman atas faktor berkerja termasuklah Amerika Syarikat, India, Bosnia-Herzegovina dan Serbia. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *