home Semasa Tanpa pimpinan wahyu, dunia huru-hara

Tanpa pimpinan wahyu, dunia huru-hara

 

Isu Rohingya dan kesengsaraan yang dirasai manusia di serata dunia sepatutnya membuka mata dunia tentang kepincangan pentadbiran yang dipimpin secara belakang tabir oleh kapitalis Yahudi dalam mengurus hal ehwal antarabangsa.

Dasar yang pincang ini menyebabkan berlakunya huru-hara, kacau-bilau, pembunuhan dan kemusnahan.

Tiada keseimbangan dalam kemakmuran hidup antara kelompok-kelompok manusia.

Satu pihak berada dalam keadaan kemewahan yang melampau dan satu pihak lagi berada dalam kemiskinan, kemunduran, huru-hara, kacau-bilau dan kemusnahan.

Tambah malang lagi, pentadbiran yang kufur dan zalim itu dibantu secara langsung atau tidak langsung di sokong oleh pemerintah yang munafik.

Kita akan menyaksikan lebih banyak kemusnahan dan pembunuhan tanpa kesudahan jika umat manusia belum sedar untuk membuat perubahan.

Dunia memerlukan pembebasan yang sebenar yang boleh membawa keadilan dan kesejahteraan hidup untuk seluruh umat manusia.

Kezaliman, penindasan dan ketidakadilan ini tidak boleh dibiarkan berterusan.

Sudah sampai masanya pentadbiran dunia diberi kepada kuasa pemerintahan yang berasaskan wahyu dan hidayah yang sebenar yang datang daripada Tuhan yang mencipta.

Manusia kini telah benar-benar sengsara oleh pemimpin ateis yang bertopengkan agama “kemanusiaan”.

Hanya Islam akan dapat menyelamatkan manusia dari penindasan yang panjang ini.

Wahai umat Islam, bangunlah dan sedarlah. Manusia perlukan peranan daripadamu.

Bangkit dan singkirkan mereka dari terus memanipulasi kehidupan ini. Mereka semua adalah penjahat yang telah memusnahkan manusia dan masa depan mereka.

Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia

Sumber: http://isma.org.my/v2/tanpa-pimpinan-wahyu-dunia-huru-hara/

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *