home Semasa Turki usaha sebaik mungkin tangani krisis di Aleppo

Turki usaha sebaik mungkin tangani krisis di Aleppo

 

LONDON – Ankara berusaha sebaik mungkin bagi menamatkan krisis bandar Aleppo di Syria, kata Menteri Pertahanan Turki, Fikri Isik, hari ini.

“Peristiwa baru-baru di Aleppo menghayat hati kita semua di atas nama kemanusian.

“Sehubungan itu, Turki akan melakukan sebaik mungkin untuk menangani perkara ini,” katanya sebaik sahaja tiba di sini untuk mesyuarat peringkat menteri berkaitan gabungan anti-Daesh.

Menteri Pertahanan dari seluruh dunia akan berkumpul di sini, hari ini, untuk mengkaji semula kemajuan Gabungan Global dalam memerangi Daesh dan menilai keadaan di Syria.

Dalam pada itu, beliau berkata, Turki telah berjuang dalam memerangi pelbagai jenis keganasan termasuk Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

“Turki telah bergelut dengan pertubuhan pengganas PKK selama lebih daripada 35 tahun.

“Baru-baru ini, Turki terbabit dalam satu serangan yang menyebabkan mereka lumpuh. Itu adalah punca mengapa mereka beralih kepada serangan berani mati,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kumpulan pemberontak Daesh adalah musuh Islam yang paling teruk kerana membawa bahaya besar kepada agama Islam.

“Sehingga hari ini, fahaman yang dibawa oleh Daesh merosakkan imej agama Islam.

“Oleh itu menjadi kewajipan semua pihak menentang Daesh,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *