home Semasa Gunung dan dosa

Gunung dan dosa

 

Pernahkah kita terbayang dosa kita sebesar dan seberat gunung yang andai menghempap diri pasti akan mati, pernah kita terbayang begitulah pengakhiran kita di akhirat nanti?

Kuatnya keperluan untuk insafi bahawa dosa la yang paling membunuh langkah-langkah dakwah tu sendiri.

Setiap dari kita pasti wujud dosa yang tidak diketahui melainkan antara kita dan Allah, naqib?kawan?keluarga? ye…benda yang tersembunyi dari pandangan manusia tetapi segalanya berada di bawah pengawasan Allah.

Merasa seronok dengan dosa-dosa kita yang berterusan, hingga tak terlintas bahawa kelalaian itu yang membunuh iman, mengundang kemurkaan, serta dihisab di akhirat kelak.

Orang beriman merasa bahawa dosanya adalah gunung yang menjadi rantai dan beban untuk dirinya, hadis mengumpakannya sebagai gunung, bebanan yang cukup besar..orang munafiq je yang rasa dosa tu macam lalat yang hinggap di hidung dan terbang pergi.

Tak takut ke Allah akan cop kita sebagai pendosa?? adakah kita tak membaca ayat Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat tujuh.

“khatamallahu ala qulubihim wa ala samihim…”

Allah dah tutup hati dan pendengaran mereka dan bagi mereka azab yang pedih.

Allah akan tanya bagaimana umur dihabiskan, dan khusus lagi bagaimana usia muda dihabiskan…setiap hari, jam, saat, detik…apa yang kita nak jawab?apa yang anggota badan kita yang menjadi saksi akan jawab?

Seringkali manusia tertipu bahawa punca dakwah tak sampai adalah isu luaran, strategi dan sebagainya tanpa memandang bahawa terputusnya hubungan dengan Allah lah yang menjadi sebenar2 punca, masalah dalaman yang tak tersingkap oleh manusia.

Hati yang mati ibarat mayat, cucuk lah tetaklah tak akan rasa apa..

Sungguh memang benarlah maksud hadis yang seketul daging didalam badan manusia yang mampu menentukan baik buruknya adalah hati.

Moga Allah terus memberi hidayah kepada kita semua.

Suhaib Badrol

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *