home Semasa Lebih 2,000 Rohingya di dua kem pelarian hampir kebuluran

Lebih 2,000 Rohingya di dua kem pelarian hampir kebuluran

 

YANGON – Lebih 2,000 etnik Rohingya di dua kem pelarian di bandar Rathedaung, Rakhine hampir mengalami kebuluran selepas tidak menerima bantuan makanan sejak November lalu.

Berdasarkan laporan terkini portal Rohingya Blogger, mereka (pelarian) dikatakan sudah tidak menerima bantuan bekalan makanan daripada Program Makanan Sedunia (WFP).

Bukan sekadar itu, pihak berkuasa tempatan juga mengarahkan pelarian terlibat supaya tidak bekerja di luar sempadan kem.

Disebabkan larangan itu, pelarian di kem berkenaan menghadapi masalah kekurangan makanan dan tidak mempunyai punca pendapatan.

Selain itu, mereka dilaporkan turut kekurangan pakaian untuk musim sejuk dan mengalami penyakit seperti demam, batuk serta komplikasi tekanan darah tinggi.

Malah pelarian tidak mampu mendapatkan rawatan perubatan di luar kem kerana pergerakan mereka disekat.

Kerajaan Myanmar didakwa sengaja mengurung mereka tanpa diberikan makanan dan penjagaan kesihatan supaya semua pelarian akan mati kebuluran. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *