home Semasa Lebih 90 peratus air di Gaza tidak dapat digunakan

Lebih 90 peratus air di Gaza tidak dapat digunakan

 

GAZA – Pegawai dan penduduk tempatan Palestin meluahkan kebimbangan mereka terhadap krisis kekurangan air bersih yang disifatkan semakin buruk di Semenanjung Gaza.

Timbalan Pengerusi Pihak Berkuasa Air Palestin, Rebhy al-Sheikh berkata, hanya sebilangan kecil daripada penduduk di kawasan berkenaan yang mempunyai akses kepada air minuman.

Katanya, lebih 90 peratus air dalam akuifer di Gaza tidak sesuai untuk kegunaan domestik. Akuifer adalah sumber air utama Gaza yang menyediakan 98 peratus daripada penggunaan awam.

Rebhy berkata, air paip di daerah yang dikepung itu hampir tidak boleh digunakan, manakala hanya penduduk berkemampuan akan membeli air botol untuk diminum.

Semenanjung Gaza yang berada di bawah pengepungan Israel sejak Jun 2007, telah mengalami krisis air yang teruk. Sekatan itu membawa kepada penurunan mendadak taraf hidup penduduk sehingga meningkatkan kadar kemiskinan dan pengangguran.

Pada 2014, Israel melancarkan serangan terbaru ke atas Semenanjung Gaza yang membawa kepada pencerobohan rejim itu selama 50 hari dan menyebabkan hampir 2,200 rakyat Palestin terbunuh. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *