home Semasa Netizen terkejut atlet tinju Britain bergambar dalam masjid

Netizen terkejut atlet tinju Britain bergambar dalam masjid

 

LONDON – Tindakan juara tinju dunia, Anthony Joshua memasuki sebuah masjid untuk solat mendapat kecaman netizen yang anti-Islam.

Joshua warga Britain berusia 27 tahun itu dikatakan memuat naik gambarnya bersama dua lelaki di laman sosial Twitter dengan status ‘Selain nasib, kerja keras dan bakat, solat adalah asas yang kuat. Seronok dapat menyertai saudara saya menunaikan solat Asar.’

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang kecaman daripada mereka yang anti-Islam dan mendakwa peminat petinju itu keterlaluan.

 

 

Seorang pengguna sosial media, Terry Johnson meminta Perdana Menteri Britain, Theresa May, untuk menghalau Joshua keluar dari negara itu.

Ada juga peminatnya mengungut untuk tidak lagi mengikuti perkembangan Joshua selepas ini, berikutan terlalu marah.

Bagaimanapun masih terdapat pengguna Twitter yang memberikan sokongan dengan kata-kata semangat khususnya untuk perlawanan Joshua bertemu Klitchko pada 29 April akan datang. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *