home Semasa Sheikh Raed Salah dibebaskan selepas 9 bulan dalam penjara Israel

Sheikh Raed Salah dibebaskan selepas 9 bulan dalam penjara Israel

 

JERUSALEM – Pejuang Masjid Al-Aqsa, Sheikh Raed Salah dibebaskan selepas 9 bulan ditahan oleh regim Israel.

Beliau yang mendapat gelaran ‘Sheikh Al-Aqsa’ dihukum penjara sejak Mei 2016 atas kesalahan menghasut membenci Israel menerusi pertubuhannya.

Pada pagi Selasa, pembebasan Sheikh Raed dari Penjara Eshel, Beersheba disambut oleh ibu, ahli keluarga dan teman-teman Pergerakan Islam Palestin 1948.

Pada November 2016, kerajaan Israel telah mengharamkan Pergerakan Islam Palestin 1948 atas alasan pertubuhan itu menyemai kebencian dan berselindung di bawah slogan ‘Aqsa dalam bahaya’.

Sheikh Raed dalam kenyataannya sebelum ini berkata, jika beliau diberi pilihan antara memasuki penjara atau berhenti memperjuangkan Masjid Aqsa, beliau lebih rela dipenjara.

“Saya memilih masuk penjara dengan izin Allah dan bukan dengan kehendak Netanyahu. Ia adalah satu penghormatan bagi saya,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *