home Semasa Penduduk Texas kerjasama kumpul dana bina semula masjid dibakar

Penduduk Texas kerjasama kumpul dana bina semula masjid dibakar

 

TEXAS – Masyarakat Texas bekerjasama mengumpulkan dana berjumlah AS$600,000 bagi membina semula sebuah masjid yang dibakar ekoran selepas Presiden Donald Trump mengharamkan kemasukan orang Islam dari tujuh buah negara.

Pusat Islam Victoria melancarkan kempen derma secara atas talian (online) menerusi ‘GoFundMe’ untuk pembinaan semula masjid yang dibakar di Tenggara Texas pada Sabtu lalu.

Presiden Pusat Islam, Shahid Hashmi berkata, kempen berkenaan telah mengumpulkan AS$600,000 dalam tempoh 24 jam ia dilancarkan.

“Kami sangat terkejut dengan kebakaran yang berlaku ke atas masjid itu pagi Sabtu lepas,” katanya.

Menurut laporan tempatan, bangunan itu dipercayai terbakar kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan. Masjid berkenaan dibina pada tahun 2000, setahun sebelum serangan 11 September di bangunan World Trade Center (WTC).

Shahid berkata, sokongan dan sumbangan masyarakat setempat di Texas sangat mengejutkan dan ia dianggap perkara yang luar biasa.

“Ia sangat luar biasa, kami berterima kasih. Orang Islam datang dari Houston, Dallas dengan perjalanan selama empat jam…..ia adalah perkara yang sangat mengharukan, semuanya membawa kepada kebaikan,” katanya.

Pihak berkuasa dan jabatan bomba Victoria sedang bekerjasama dengan Biro Penyiasatan Persekutuan serta Biro Alkoho, Tembakau dan Senjata Api untuk menentukan punca kebakaran itu.

“Saya harap ia bukan jenayah kebencian,” kata Shahid.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *