home Semasa Pengawal ini memeluk Islam selepas enam bulan bertugas di Guantánamo

Pengawal ini memeluk Islam selepas enam bulan bertugas di Guantánamo

 

Enam bulan berkhidmat sebagai pegawai keselamatan di Guantanamo, Terry Holdbrooks memeluk Islam. Apa yang membuat dia melakukannya, tanyalah Sarfraz Manzoor.

Terry Holdbrooks tiba di Kem Tahanan Guantanamo pada musim panas tahun 2003 sebagai seorang pemuda 19 tahun yang tidak percaya kepada Tuhan dan sangat gemarkan minuman keras, muzik ‘hard-rock’ dan tatu. Setahun berikutnya, sewaktu tiba masa untuk beliau meninggalkan Cuba, beliau telah mengasingkan diri dari rakan-rakan tentera, dihormati oleh para tahanan, dan paling mengagumkan beliau memeluk Islam dalam satu upacara di tengah malam dengan kehadiran salah seorang tahanan yang juga merupakan mentornya.

Apabila saya bertemu dengan Holdbrooks, yang kini berusia 26 tahun dan menukar nama kepada Mustafa Abdullah, dia memakai kopiah berwarna hitam, berjambang lebat dan memakai baju tradisional berlengan panjang yang hampir menutup tatu di tangan kanannya yang bertulis “dipandu oleh iblis”.

Holdbrooks dibesarkan di Arizona, merupakan anak tunggal lelaki kepada pasangan penagih yang telah bercerai ketika usianya 7 tahun. Dia dibesarkan oleh nenek dan datuknya yang merupakan bekas ‘hippie’. Merasa letih dengan kehidupan yang susah, bertekad untuk tidak mengikuti jejak langkah datuk dan neneknya, beliau bertekad untuk melihat dunia dan mendaftar untuk berkhidmat dalam ketenteraan. Beliau ditugaskan di bawah pasukan ketumbukan ke 253 Pasukan Plois yang lebih kepada kerja-kerja pengurusan sebelum beliau diarahkan untuk ke Guantanamo.

Semasa dalam latihan selama dua minggu, penjaga keselamatan yang baru perlu bergilir berlakon menjadi tahanan dan dibawa ke ‘Ground Zero’. “ Kami tidak diajar apa-apa tentang Islam,” katanya. “Kami ditayangkan video peristiwa 11 September dan apa yang diulang-ulang ditekankan kepada kami adalah tahanan-tahanan ini adalah paling dahsyat di kalangan yang dahsyat – mereka adalah pemandu Bin Laden, tukang masak Bin Laden, dan mereka akan terus membunuh kamu jika mereka diberikan peluang pertama.”

Holdbrooks meneliti kata-kata itu, seperti kata-kata yang diambil dari kata-kata sejarah, Traitor?”

“Saya telah mempersoalkannya sejak hari pertama.” katanya. “Perkara pertama yang saya lihat adalah seorang remaja, paling kurang pun usianya sekitar 16 tahun yang masih belum melihat lautan, tidak tahu dunia ini bulat. Saya duduk di situ berfikir, apa yang mungkin anak ini tahu tentang peperangan dan keganasan, apa yang dia tahu?”

Tugas Holdbrooks di Guantanamo termasuk membersih, mengumpulkan sampah, berjalan ke atas dan bawah memastikan para tahanan tidak menyampaikan apa-apa di antara penjara dan mengiringi mereka ke dan dari soal jawab penyiasatan.

Terdapat banyak peluang untuk berkomunikasi. Sikap Holdbrooks yang mesra dengan para tahanan memberinya gelaran “pengawal keselamatan yang baik” dan dia mendapat perhatian yang tidak menyenangkan dari rakan pengawal yang lain.

“Saya tidak mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada rakan-rakan sekerja.” katanya. “Kebanyakan mereka ‘peminum arak keterlaluan, badan berisi, pemabuk dan pengunyah tembakau, semangat perkauman dan fanatik’ membabi buta mengikut arahan dan dalam hanya beberapa bulan dia berhenti berbual dengan mereka.

Berlaku beberapa perbalahan fizikal, “ Suatu masa salah seorang dari mereka berkata kepada saya.’ Hei, Holdbrooks, tahukah kamu apa kami mahu lakukan hari ni? Kami mahu memecahkan topeng Taliban keluar dari dirimu – kau seorang yang mudah bersimpati dan kami tidak sukakannya.” Itu membawa kepada satu lagi pergaduhan.

Sementara pengawal dilalaikan dengan arak, lucah dan sukan, Holdbrooks mahu belajar bagaimana para tahanan mampu menerima penderaan dan tetap tersenyum walau sangat teruk diperlakukan.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenai Islam sebelum ke Guantanamo,” katanya, “Ia merupakan kejutan budaya kepada saya. Saya mahu belajar sebanyak mungkin, jadi saya mula berbual dengan para tahanan mengenai politik, etika dan moral, mengenai kehidupan mereka dan perbezaan budaya – kami berbual hampir setiap waktu.”

Persoalan dan tanda tanya bertukar menjadi proses pembelajaran yang lebih mendalam di mana beliau menggunakan satu jam sehari untuk belajar mengenai Islam dan berbincang di ‘chatrooms’ secara atas talian.

Antara individu yang berkomunikasi dengannya adalah Tipton trio dari ‘British Muslims’ yang pernah ke udara dalam rancangan Micheal Winterbottom’s docudrama, The Road to Guantanamo; dan seorang lagi adalah seorang yang digelar general oleh para tahanan – seorang kelahiran Morocco, Ahmed Errachidi yang menetap di Britain selama 18 tahun, berkerja sebagai tukang masak dan pernah ditahan di Guantanamo kerana dituduh menyertai latihan kem al-Qaeda. (Dia akhirnya dibebaskan dan bersih dari sebarang pertuduhan).

“Kami berbual berjam-jam,” kata Holdbrook. “Kami berbincang mengenai buku, muzik, filosofi, kami berjaga sepanjang malam berbincang tentang agama.”

Akhirnya, setelah enam bulan di Guantanamo, Holdbrooks telah bersedia. Pada 29 Disember 2003, dengan kehadiran Errachidi, beliau mengucapkan syahadah, penyataan kepercayaan kepada Islam yang merupakan satu-satunya keperluan untuk memeluk Islam; “ Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad adalah pesuruh Allah”. Pengawal Guantanamo itu kini seorang muslim.

Beliau berhenti minum arak, dan melupakan muzik kerana pengertian Islam dalam dirinya mengatakan ini juga tidak boleh diterima. “Suatu yang bukan mudah untuk solat lima kali sehari tanpa diketahui oleh rakan-rakan sekerja.” kata beliau. “Saya perlu kerap memberitahu mereka saya perlu ke tandas.”

Memeluk Islam membuatkan Holdbrooks berasa semakin tidak gembira dan dia merasakan dirinya lebih teruk dari para tahanan. “Mereka bergembira lebih dari saya. Tipton trio selalu mengenakan para pengawal dan penyiasat. Para tahanan memiliki kebebasan dalam tahanan, Saya memiliki segala kebebasan yang mereka tidak miliki tetapi saya adalah hamba kepada apa yang tentera arahkan.”

Kenyataan ini kedengaran tidak masuk akal, tetapi Holdbrook merujuk kepada kebebasan mereka berfikir; dia kagum akan kebebasan yang dimiliki oleh para tahanan, berbanding rakan-rakan sekerjanya. Ini lebih kepada rasa bersedih dalam dirinya sendiri apabila melihat para tahanan di aniaya. “Kerja saya mengiringi mereka untuk disoal siasat dan kadangkala saya duduk dan memerhati,’ katanya. “Saya melihat ada tahanan yang dipenjarakan dalam posisi yang teruk berjam-jam, dalam bilik yang boleh jadi 50 darjah dan 60 darjah.

“Ada seorang lelaki yang terpaksa membuang air besar atas dirinya sendiri dan penyoal siasat menyimbah air kepadanya dan bertanya jika dia akan bercakap. Lelaki tersebut menjawab dia tiada apa yang perlu dikatakan, dan ia membuat saya berfikir apa yang dapat dicapai dari segala ini? Kamu tidak boleh menyeksa dan memaksa orang lain untuk berkata ssesuatu yang tidak benar dan tepat.”

Pada musim panas 2004, Holdbrooks meninggalkan Guantanamo dan kemudiannya diberhentikan dari ketenteraan atas tuduhan “masalah personaliti’.

Tabiat minum arak yang membekasinya dahulu kembali, dan apabila perkahwinannya berakhir, dia kembali kepada tabiat lama minum arak, hubungan seksual, dan muzik. “Saya mengalami mimpi-mimpi buruk akan masa saya di Guantanamo,” katanya, “dan saya menghabiskan tiga tahun untuk meluputkan ingatan saya dari Guantanamo.”

Hari ini, Holdbrooks kembali menjadi seorang Muslim yang taat, tetapi dia tidak menemukan ketenangan. Ada kekosongan dijiwanya yang berbekas oleh parut zaman kanak-kanaknya dan Guantanamo.

Mengapa pemuda susah kelahiran Arizona ini memeluk Islam? Persoalan ini saya rungkaikan dalam perbualan kami, hampir akhir perbualan, Holdbrooks mendedahkan perkataan kegemarannya dalah ‘struktur’, ‘susunan’ dan ‘disiplin’ dan setiapnya terungkai.

Kehidupan Holdbrooks mencari susunan: rejim ketenteraan memberikannya struktur dan apabila ia mengecewakannya, dia berpaling kepada agama.

Holdbrook memiliki banyak persamaan dengan rakan sekerjanya yang dahulu yang membuatnya tersedar: kesetiaan mereka kepada ketenteraan sesuai dengan kepatuhan kepada agama. “Islam sangat berdisiplin, kepercayaan yang memiliki sistem tersendiri dan memerlukan banyak usaha dan pergantungan” katanya. “Saya sangat tertarik kepada struktur dan susunan sejak dahulu lagi: struktur, susunan dan disiplin – saya sangat menyukainya.”

Sumber: https://www.theguardian.com/world/2009/oct/07/guantanamo-bay-islam

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *