home Semasa TV Alhijrah tambah dua saluran baharu sebelum Ramadan

TV Alhijrah tambah dua saluran baharu sebelum Ramadan

 

KUALA LUMPUR – Stesen televisyen tempatan berkonsep Islam, TV Alhijrah bakal menambah dua saluran baharu sebelum bulan Ramadan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar memberitahu, dua saluran itu akan memfokuskan Al-Quran dan kanak-kanak.

“Segala perancangan untuk kedua-dua saluran itu sudah dirancang dan hanya menunggu masa sahaja untuk memulakan siaran,” katanya lapor Utusan Malaysia hari ini.

Katanya, bagi saluran Al-Quran, segala pengisian mengenai Al-Quran termasuklah tafsir akan dimuat turun dan ia akan bersiaran selama 24 jam.

“Bagi saluran kanak-kanak pula, ia adalah khusus untuk mendidik anak-anak mengenai Islam sejak kecil.

“Selain itu, permintaan iklan kita memang tinggi sekarang. Pecahan saluran baharu ini akan membantu mereka yang inginkan slot pengiklanan bersama kami,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *