home Semasa 2016 tahun paling ramai kanak-kanak Syria dibunuh

2016 tahun paling ramai kanak-kanak Syria dibunuh

 

DAMSYIK – Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam laporannya menganggap 2016 sebagai tahun pa­ling menyedihkan untuk kanak-kanak Syria.

Kenyataan itu dibuat berdasarkan jumlah kanak-kanak yang didera, dibunuh dan direkrut untuk menyertai kumpulan pengganas.

Laporan itu mendedahkan, sekurang-kurangnya 652 kanak-kanak telah dibunuh sepanjang tahun lalu.

Jumlah yang dilaporkan menyatakan bahawa berlaku satu peningkatan yang ketara berbanding tahun 2014.

Jumlah kematian sepanjang tahun lalu itu juga dikatakan 20 peratus lebih tinggi berbanding dua tahun lalu.

Sementara itu dilaporkan, sekurang-kurangnya 647 kanak-kanak pula dilaporkan cedera dalam tempoh yang sama.

Laporan yang sama mendedahkan bahawa, 338 serangan dilancarkan ke arah hospital dan pegawai perubatan yang berkenaan.

Pengarah Wilayah UNICEF, Geert Cappelaere memberitahu, tahap penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak Syria itu tidak pernah dialami sebelum ini.

“Berjuta-juta kanak-kanak ini di­serang hampir setiap hari hingga menyebabkan kehidupan mereka kini terumbang-ambing,” katanya.

Ketika ini, lebih daripada 2.3 juta kanak-kanak Syria tinggal sebagai pelarian di beberapa buah negara termasuk Turki, Lebanon, Jordan, Mesir dan Iraq. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *