home Semasa “Dia meninggal sebab apa bro?”

“Dia meninggal sebab apa bro?”

 

“Dia meninggal sebab apa bro?”

“Alhamdulillah, meninggal masa sujud rakaat kedua Subuh kat masjid tadi.”

“Allah, dia ‘on the way’ pergi usrah tadi, kemalangan dekat simpang.”

“Subhanallah, Allah lebih sayang dia, mak dia sakit, dia meninggal lepas ziarah mak dia, tiba-tiba sesak nafas.”

“Dia meninggal atas kapalterbang, dalam perjalanan nak menunaikan haji, muda lagi orangnya kan.”

“Dia meninggal masa balik panggung wayang.”

“Dia meninggal lepas main Dota tadi, sebelum Subuh, dah banyak malam dia tak tidur, mungkin penat sangat agaknya.”

“Tak pastilah, tapi lepas baca Quran tiba-tiba dia pengsan, lepastu dah tak ada.”

Kita tak boleh untuk pilih cara kita mati, tapi kita ada pilihan untuk menentukan bagaimana kita hidup, dan bak kata seorang sheikh, bagaimana kita hidup, biasanya begitulah kita akan mati.”

Banyakkan langkah kita ke arah kebaikan, dan elakkanlah langkah-langkah menuju murka Allah, kerana kita tidak tahu, pada langkah mana kita akan dipanggil pergi.

Dr Hisham Sharif

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *