home Semasa Jawapan Hamas kepada Israel: Cabaran diterima!

Jawapan Hamas kepada Israel: Cabaran diterima!

 

GAZA – Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Mesy’al menekankan bahawa “Sesungguhnya pimpinan HAMAS dari bahagian politik dan ketenteraan menerima cabaran baru dari pihak penjajah” susulan daripada jenayah pembunuhan terhadap seorang warga bebas Mazen Fuqaha di Gaza, dengan berjanji kepada musuh bahawa “Jawapannya pada apa yang kau akan lihat, bukan apa yang kau akan dengar”.

Khaled Mesy’al berkata dalam ucapannya yang disampaikan ketika majlis memperingati As-Syahid Mazen Fuqaha’ di Bandar Gaza petang Isnin yang lalu, bahawa pimpinan HAMAS bertanggungjawab dalam perkara ini, mereka tahu perkara yang perlu dilakukan, dan mampu untuk meneruskan usaha dan tanggungjawab mereka ini.

Beliau berkata lagi: “HAMAS sememangnya menggunakan sistem politik dan diplomasi serta perkembangan cara fikir politik, namun ia masih tetap dengan cara jihad dan penentangan, ia adalah strategi pertama dan terbesar HAMAS, garisan cap jari tidak akan kosong dari semangat kewarganegaraannya yang tetap, maka HAMAS tidak akan mengubah kulitnya.

Dan beliau menganggap jenayah pembunuhan Mazen Fuqaha sebagai hutang baru yang menambahkan lagi hutang-hutang mereka sebelum ini, “Dan kami sebagai pimpinan HAMAS menerima cabaran dari musuh, peperangan ini ibarat pertandingan kami membunuh mereka dan mereka membunuh kami, tetapi di hujungnya kami pasti akan menang.”

Khaled Mesy’al memuji perjuangan As-Syahid Mazen Fuqaha menentang penjajah yang bermula sejak usianya kecil lagi, kemudian bersabar dan teguh di dalam penjara, kemudian kembali berjuang selepas dibebaskan dalam rundingan Wafa’ Al-Ahrar, hinggalah Allah menamatkan riwayat hidupnya sebagai seorang syahid di bumi Gaza.

Video penuh ucapan Khaled Mesy’al: http://www.alqassam.ps/arabic/news/details/11810

Sumber: Aman Palestin

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *