home Semasa Mantan Presiden Korea Selatan yang terinspirasi dengan ayat al-Quran

Mantan Presiden Korea Selatan yang terinspirasi dengan ayat al-Quran

 

Pada 17 Disember 1963, Presiden Park Chung Hee dari Korea Selatan, setelah menang pilihanraya dalam bulan Oktober 1963, telah mengunjungi Bilik Gerakan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar di Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.

Waktu itu Tun Abdul Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

Sebelum taklimat diberi mengenai pembangunan luar Bandar Malaysia Presiden Park telah ternampak sepotong ayat dari al-Quran yang tertulis pada mukaddimah papan taklimat kementerian.

Apabila Presiden Park mengetahui maksudnya ayat itu ialah ‘Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu merubahnya sendiri’ beliau menyebut ‘nampaknya agama Islam menghendaki umatnya berdikari atau ‘self-help’.

Dalam taklimatnya di waktu hendak melancarkan program ‘Saemul Undung’ di negaranya, sebagai permulaan kepada inisiatif pembangunan Korea Selatan, Presiden Park telah memulakan ucapannya dengan berkata..

“The religion of Muhammad has commanded that God shall not change the fate of man until they change themselves.”

Bermula dengan program inilah Korea Selatan yang dulunya lebih mundur dari Malaysia sebelum Park Chung Hee ke sini, kini menjadi lebih maju kerana mengamalkan sepotong ayat dari al-Quran, malah, mereka kini, menjadi saingan kepada Jepun.

Betapa hebatkah kita membangun Negara kita dengan inspirasi mana satu ayat dari 6,236 ayat di dalam al-Quran?

Kenapa non-Muslim boleh belajar dari al-Quran sedangkan kita tidak ke mana?

Saya pernah menulis:

President Park knew and understood only one sentence of the Quran, but managed to plan and execute a program for the benefit of his people, whereas we read the whole Quran many times but never knew how to make a successful effort out of its teachings and wisdom.

President Park did better because, after being inspired by that one sentence of the Quran, he motivated his people based on his study of history, particularly the history of the ‘Shilla Dynasty’ and the ‘Seven Years War’ with the Japanese between 1592 to 1598.”

Dipetik daripada ucapan Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid yang bertajuk FAKTOR NILAI DALAM KEBANGKITAN BANGSA.

Sumber: Blog Peribadi Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid
(http://sanusijunid.blogspot.my/2014/02/faktor-nilai-dalam-kebangkitan-bangsa.html)
Kredit: The Patriots

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *