home Semasa Masjid di bukit Uhud dibuka semula sebelum Ramadan

Masjid di bukit Uhud dibuka semula sebelum Ramadan

 

MADINAH – Kerja membaik pulih dan meluaskan Masjid Sayyid al-Syuhada berhampiran Bukit Uhud dilaporkan sudah hampir siap.

Ketua Pengarah Kementerian Hal Ehwal Islam wilayah Madinah, Mohammed Abuhumaid berkata, masjid yang boleh memuatkan 15,000 jemaah pada satu-satu masa itu akan dibuka semula sebelum bulan Ramadan,

“Kira-kira 95 peratus kerja terhadap projek itu sudah siap. Yang masih dilakukan ialah pemasangan lampu dan sistem bunyi serta kerja elektrik lain,” katanya.

Jelas beliau, projek di kawasan seluas 8,000 meter persegi itu menggunakan kos hampir RM50 juta.

“Kami memasang sistem bunyi paling canggih di Masjid Sayyid al-Syuhada. Kompleks masjid juga termasuk kediaman imam dan bilal selain dilengkapi bilik air canggih, sebahagiannya direka untuk kegunaan orang kurang upaya,” katanya.

Masjid berkenaan terletak di tengah-tengah kawasan Sayyid Al-Shuhada di Bukit Uhud, tempat berlakunya peperangan antara paling penting dalam sejarah Islam.

Dengan rekaannya yang menggabungkan seni tradisional dan moden, Masjid Sayyid al-Syuhada ini akan menjadi mercu tanda unik Islam di Madinah. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *