home Semasa Masyarakat muslim UK kumpul dana bantu keluarga mangsa serangan di London

Masyarakat muslim UK kumpul dana bantu keluarga mangsa serangan di London

 

LONDON – Masyarakat Islam di United Kingdom (UK) menganjurkan kempen kutipan dana bagi membantu mangsa serta keluarga yang terlibat dalam serangan keganasan di luar Parlimen Britain pada Khamis lalu.

Kempen ini menyasarkan sumbangan sebanyak $12,000, bagaimanapun separuh daripada jumlah itu berjaya dikutip hanya selepas beberapa jam sahaja ia dilancarkan.

“Masyarakat Islam akan sentiasa bersama dengan memberi sokongan untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa dan keluarga.

“Walaupun wang ini tidak mampu menghidupkan mereka yang terkorban, kami berharap ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka dalam beberapa cara,” kata kumpulan itu dalan satu kenyataan di laman web.

Polis mengenal pasti penyerang yang menyebabkan tiga kematian dalam serangan di luar bangunan Parlimen Britain, semalam, adalah warga negara itu dikenali sebagai Khalid Masood, 52.

Kejadian bermula apabila penyerang yang memandu kenderaan 4×4 merempuh pejalan kaki di Jambatan Westminster, sebelum melanggar pagar bangunan Parlimen. Ada juga mangsa yang jatuh ke dalam Sungai Thames.

Sementara itu, polis Britain menangkap beberapa individu bagi menyiasat hubung kait mereka dengan penyerang yang kemudian ditembak mati. Polis juga menyerbu beberapa tempat di London, Birmingham dan beberapa kawasan lain.

Menurut laporan rasmi, empat terbunuh, termasuk Masood dan 29 lagi sedang dirawat di hospital, tujuh daripadanya dalam keadaan kritikal.

Jurucakap polis percaya Masood melakukan serangan sendirian, setelah menyewa sebuah kenderaan untuk melakukan serangan itu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *