home Semasa Mufti Besar Al-Quds kecam tindakan Israel tahan pengawal Palestin

Mufti Besar Al-Quds kecam tindakan Israel tahan pengawal Palestin

 

JERUSALEM – Mufti Besar Al-Quds mengecam tindakan pihak berkuasa Israel menahan pengawal keselamatan Palestin yang bekerja di perkarangan Masjid al-Aqsa dan menyifatkan rejim itu cuba menukar status quo tempat suci berkenaan.

Mufti Muhammad Hussein berkata demikian susulan penahahan beberapa pengawal yang bekerja di perkarangan masjid di Baitulmuqaddis Timur minggu ini selepas mereka menghalang seorang arkeologi Israel daripada cuba mengeluarkan batu dari kawasan itu.

“Saya percaya polis Israel cuba untuk mengenakan realiti baharu dan cuba untuk menakut-nakutkan pengawal al-Aqsa, termasuk menghalang mereka dari menjalankan tugas.

“Ia tidak boleh diterima,” katanya seperti yang dilapor media antarabangsa, Al Jazeera.

Konfrontasi awal berlaku pada pagi Isnin selepas pengawal al-Aqsa campur tangan apabila Yuval Barukh, yang berkhidmat di Antikuiti Israel dan diiringi oleh beberapa anggota polis rejim itu, memasuki perkarangan kawasan tersebut dan cuba mengambil batu dari tiang di bahagian bawah tanah masjid al-Qibli.

Satu pertengkaran tercetus apabila salah seorang pengawal mendakwa Barukh mengeluarkan sekeping batu kecil dari tiang itu dan menyimpannya di dalam poket. Perkara itu bagaimanapun, dinafikan Barukh.

Ketegangan itu menyebabkan polis Israel mengenakan kompoun dan menahan tiga pengawal terbabit. Malah, anggota rejim itu kemudiannya menyerbu rumah empat pengawal lain dan menahan menahan mereka.

Setakat ini, enam pengawal kekal berada dalam tahanan polis Israel sehingga malam Selasa.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *