home Semasa Kalimah Allah eksklusif untuk agama, umat Islam: KDN

Kalimah Allah eksklusif untuk agama, umat Islam: KDN

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyatakan bahawa kalimah Allah adalah eksklusif untuk agama dan umat Islam negara ini, oleh itu, penggunaannya dalam agama-agama lain akan menyebabkan kekeliruan serta menjejaskan ketenteraman awam.

Perkara tersebut terkandung dalam afidavit sokongan yang diikrarkan oleh seorang pegawai KDN berhubung permohonan hak untuk menggunakan kalimah Allah dalam semua penerbitan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB).

Presiden SIB, Datuk Jerry W. A. Dusing @ Jerry W. Patel mempersoalkan apa yang terkandung dalam afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Barkhiya Shahiruddin itu memerlukan penjelasan lisan melalui pemeriksaan balas di Mahkamah Tinggi di sini.

Dusing dalam afidavit sokongan yang diikrarkan oleh beliau pada 7 Disember 2016 berkata, demi kepentingan keadilan kes itu, percanggahan keterangan afidavit tersebut perlu diselesaikan untuk menyiasat faktor yang menyebabkan tindakan pihak defendan bagi menentukan sama ada tindakan tersebut melanggar hak perlembagaan.

Peguam Lim Heng Seng yang mewakili SIB memberitahu selepas prosiding di kamar hakim di sini pada Selasa, Hakim Da­tuk Hanipah Farikullah me­­netapkan 11 Mei ini bagi pengurusan kes permohonan pihaknya untuk memeriksa balas Barkhiya. – Utusan Online

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *