home Semasa Lebih 500 rakyat Palestin ditahan rejim Israel bulan lalu

Lebih 500 rakyat Palestin ditahan rejim Israel bulan lalu

 

TEBING BARAT – Sekurang-kurangnya 509 rakyat Palestin di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Jerusalem al-Quds ditahan oleh rejim Israel setakat bulan lalu.

Menurut laporan bersama oleh Kelab Tahanan Palestin, Pusat al-Mazen untuk Hak Asasi Manusia, dan Suruhanjaya Bekas Tahanan Palestin, jumlah itu termasuk 75 kanak-kanak, 13 wanita dan lima adalah wartawan.

Kebanyakan penahanan dilaporkan di Jerusalem al-Quds, di mana rakyat 160 rakyat Palestin ditangkap, menurut laporan itu.

Kumpulan itu berkata, rejim Israel turut mengeluarkan 111 perintah tahanan pentadbiran pada bulan lepas.

Penangkapan terbaharu pada bulan Mac itu sekali gus meningkatkan jumlah rakyat Palestin yang berada di penjara Israel iaitu seramai 6,500 termasuk 300 kanak-kanak dan 62 banduan wanita. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *