home Semasa Rakyat Turki setuju kuasa Presiden diperluas

Rakyat Turki setuju kuasa Presiden diperluas

 

ISTANBUL – Pungutan suara yang dijalankan semalam, memperlihatkan rakyat negara itu menyokong perubahan perlembagaan memperluaskan lagi kekuasaan presiden Turki.

Keputusan undi berkenaan dijangka memberi kesan besar terhadap masa depan politik jangka panjang Turki dan hubungannya dengan Kesatuan Eropah (EU) serta dunia.

Media melaporkan 51.4 peratus mengundi ‘Ya’ dan disokong perubahan Perlembagaan untuk menggantikan sistem parlimen Turki dengan undi presiden, manakala 48.6 peratus lagi mengundi “Tidak”.

Dilaporkan kira-kira 80 juta adalah pengundi berdaftar untuk mengundi dan lebih daripada 1.3 juta pengundi Turki mengundi di luar negara.

Penyokong Erdogan meraikan kemenangan itu dengan persembahan bunga api di Istanbul.

Susulan itu Erdogan mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang menzahirkan keberanian mereka untuk negara – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *