home Semasa Sonny Bill tutup logo penaja di jersi sebagai tanda tolak riba

Sonny Bill tutup logo penaja di jersi sebagai tanda tolak riba

 

SONNY Bill Williams merupakan satu nama yang cukup besar dalam dunia ragbi – sama ada kategori 15 atau 7 sebelah. Selepas memenangi Piala Dunia bersama New Zealand pada tahun 2015, Sonny telah beralih arah kepada ragbi 7-sebelah dan bermain untuk pasukan All Black Sevens.

Ketika Olimpik Rio 2016, Sonny mengalami kecederaan lutut yang memaksanya berehat panjang, dan pada tahun ini, Sonny kembali bersaing dalam ragbi 15 sebelah dan mewakili pasukan Auckland Blues yang bermain dalam kejohanan Super Rugby.

Pada hari Ahad, Sonny kembali beraksi setelah sekian lama berehat. Walaupun sekadar berada di atas padang selama 30 minit, Sonny menarik perhatian ramai, bukan kerana aksinya, tetapi apa yang dilakukan di bajunya.

BNZ ialah singkatan bagi Bank of New Zealand, dan merupakan salah satu daripada penaja Blues. Logo BNZ terletak di bahagian kolar baju. Apa yang menariknya, Sonny telah melekatkan pita untuk menutup logo bank tersebut di jersinya.

Sonny dikatakan berbuat demikian sebagai tanda tidak menyokong sistem perbankan yang mengamalkan riba dan bertentangan dengan Islam. Untuk menjelaskan hal ini, Sonny telah memuat naik satu status di Twitter mengatakan bahawa dia bakal menerangkan asbab kenapa dia berbuat demikian pada minggu ini.

Seorang jurucakap BNZ walaubagaimanapun tidak tersinggung dengan apa yang dilakukan Sonny. Dia mengatakan bahawa Sonny memupunyai hak untuk mengamalkan kepercayaan agamanya, dan berkenaan menutup logo bank di jersi, itu adalah urusan antara Sonny dan Blues, dan BNZ tidak mempunyai sebarang isu mengenai hal tersebut.

Sonny merupakan permata  dan cukup disayangi di New Zealand, dan kalau di Malaysia, dia diibaratkan sebagai Lee Chong Wei.  Dia memeluk Islam pada tahun 2008, ketika bermain untuk kelab ragbi di Perancis, Toulon.

Nasib baik lah Sonny bermain di New Zealand. Kalau dia main di Malaysia, isu ini pasti akan menjadi satu topik hangat perdebatan hamba-hamba politik di dalam dewan parlimen, ataupun dikecam Siti Kassim. Malaysia kan?

Ketika Piala Dunia 2015, Sonny telah memberikan pingat kejuaraan yang dimenanginya kepada seorang kanak-kanak yang menceroboh masuk ke padang. Oh Sonny, kau lelaki agung. – thesukan.com

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *