home Semasa Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan johan tilawah kebangsaan

Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan johan tilawah kebangsaan

 

MELAKA, 12 Rejab 1438H, Ahad – Qari Wilayah Persekutuan, Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad dan qariah Negeri Sembilan, Normalina Alias muncul juara Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat Kebangsaan 2017, di sini, malam tadi.

Wan Fakhrul Razi yang memperdengarkan bacaan surah Al-Baqarah memperoleh 89 mata, manakala Normalina  yang membaca surah At-Taubah mendapat 86.33 mata.

Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM15,000, tambahan wang tunai RM10,000 untuk  menunaikan haji, piala iringan dan sebuah kenderaan serba guna Proton Exora.

Kedua-dua mereka akan mewakili negara dalam Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat Antarabangsa yang  bakal berlangsung pada 15 hingga 20 Mei di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Qari Melaka, Azraie Datuk Abdul Hak muncul naib johan dengan mendapat 88.34 mata, manakala qari Kelantan,  Muhammad Qayyim Nizar Sarimi di tempat ketiga (87 mata).

Bagi kategori qariah pula, peserta Selangor, Nur Ruzana Natiah Jaafar muncul naib johan dengan 84 mata diikuti  Munirah Kasim dari Kelantan (83.68mata).

Naib johan membawa pulang wang tunai RM10,000, tambahan wang tunai RM10,000 untuk menunaikan haji  dan tempat ketiga menerima wang tunai RM7,500 dan tambahan wang tunai RM10,000 untuk menunaikan haji.

Kelantan dinobatkan juara keseluruhan bagi acara tilawah dengan 84.51 mata manakala Melaka juara  keseluruhan acara hafazan dengan 96.47 mata.

Hadiah bagi peserta lelaki disampaikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, manakala isterinya Toh  Puan Zurina Kassim kepada peserta wanita.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Menteri, Datuk Seri  Idris Haron. – Bernama

Sumber : ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *