home Semasa Zakir Naik saran pilih parti politik ikut Al-Quran, Sunnah

Zakir Naik saran pilih parti politik ikut Al-Quran, Sunnah

 

KUALA LUMPUR –  Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik mengingatkan umat Islam agar memilih untuk bersama dengan parti politik yang berjuang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Beliau berkata, sekiranya terdapat dua parti politik Islam bekerjasama dengan parti politik pimpinan bukan Islam, maka umat Islam dinasihatkan memilih salah satu yang dilihat kurang memudaratkan.

“Jika kedua-dua parti Islam bekerjasama dengan orang bukan Islam, jadi pilihlah antara mereka yang kurang memudaratkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang peserta di majlis Ijtimak 150 Cendekiawan Islam Malaysia bersama Dr Zakir Naik-Menangani Islamobfobia, semalam.

Selain itu, mengulas lanjut mengenai Islamofobia, Zakir berkata, beliau tidak menafikan terdapat media antarabangsa yang dilihat memainkan peranan mewujudkan keadaan itu di seluruh dunia.

“Tidak dinafikan, media antarabangsa adalah medium paling berkuasa di dunia. Dengan kelebihan itu, mereka cuba wujudkan gambaran yang tidak baik terhadap Islam.

“Mereka sering menyalah anggap sebagai pencetus kepada kegiatan keganasan dan ekstremis kepada penganut agama lain di seluruh dunia,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *