home Semasa 70 negara sertai Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-59

70 negara sertai Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-59

 

KUALA LUMPUR – Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-59 bakal menyaksikan penyertaan daripada 70 buah negara.

Majlis itu akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai hari ini sehingga Sabtu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, daripada jumlah itu, 22 negara mengambil bahagian bagi kategori Tilawah al-Quran, manakala 24 negara dijemput bagi kategori hafazan.

Beliau berkata, majlis tahun ini dihakimi 15 orang hakim dari pelbagai negara meliputi Malaysia, Arab Saudi, Mesir, Jordan dan Indonesia.

“Masyarakat di seluruh dunia boleh menyaksikan program ini menerusi live streaming di web televisyen Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan melayari laman sesawang www.tvjakim.my,” katanya.

Bagi kategori Tilawah al-Quran, Malaysia diwakili Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad dari Wilayah Persekutuan dan Normalina Alias dari Negeri Sembilan, manakala kategori hafazan diwakili Mohamad Syazani Jemy dari Johor dan Nur Amalina Azharuddin dari Melaka.

Johan kategori Tilawah al-Quran, akan membawa pulang kepingan emas bernilai RM70,000 sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), piala iringan dan wang tunai RM40,000.

Bagi kategori Menghafaz Al-Quran, johan lelaki dan wanita masing-masing akan menerima kepingan emas bernilai RM50,000 sumbangan YaPEIM, piala iringan, dan wang tunai RM20,000. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *