home Semasa Amalan perubatan yang tidak membatalkan puasa

Amalan perubatan yang tidak membatalkan puasa

 

Amalan perubatan yang tidak membatalkan puasa:

  1. Ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga.
  2. Prosedur tampalan, cabutan atau pembersihan gigi dan memberus gigi (tidak ditelan).
  3. Pendermaan atau penerimaan darah.
  4. Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal.
  5. Pemeriksaan Laparoscope untuk pemeriksaan dalaman pesakit.
  6. Ujian biopsy untuk ujian makmal.
  7. Rawatan dialisis (Hemodialysis/peritoneal dialysis).
  8. Pil bawah lidah e.g Nitroglycerin (tidak ditelan).
  9. Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau salur darah.
  10. Ubat sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit.
  11. Memasukkan tiub kecil (catherer) untuk pemeriksaan seperti angio-gram.
  12. Berkumur-kumur termasuk gargle dan ubat semburan mulut yang tidak ditelan.
  13. Ubat semburan hidung yang tidak disedut.
  14. Rawatan bius setempat melalui semburan atau suntikan.

Disediakan oleh Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)
Rujukan: www.e-fatwa.gov.my

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *