home Semasa Bekas ketua gangster Australia temui Mufti Wilayah

Bekas ketua gangster Australia temui Mufti Wilayah

 

KUALA LUMPUR – “Ahlan wa Sahlan”. Demikian ucapan selamat datang Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ketika menerima kunjungan Abdul Salam di pejabatnya, di Kuala Lumpur, semalam.

Menulis dalam laman Facebooknya, beliau yang terharu mendengar kisah bagaimana Abdul Salam menerima hidayah untuk memeluk Islam menyatakan itulah kebenaran bahawa hidayah itu adalah milik Allah.

“Ahlan wa Sahlan kami ucapkan kepada Abdul Salam (Vince Focarelli), bekas gangster di Australia yang menziarahi kami di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

“Mendengar bagaimana beliau menerima hidayah untuk memeluk Islam, cukup menginsafkan kami mengenangkan kebesaran Allah SWT.

“Benarlah bahawa hidayah itu milik Allah SWT semata-mata,” katanya.

Siapakah Abdul Salam?

Beliau adalah Vince Focarelli – ketua Comancheros, kumpulan gangster motosikal yang terkenal di Australia, dan terselamat dalam enam cubaan membunuh antara tahun 2010 dan 2012.

Berusia 42 tahun, selepas dibebaskan daripada penjara pada April 2013, beliau membuka restoran La’Fig Cucina di Carrington St, Adelaide, Australia, selepas memeluk Islam.

“Saya benar-benar berusaha menjauhkan diri daripada semua urusan yang bersangkutan dengan dunia gangster.

“Saya memainkan peranan saya dan kemudian menerima akibat atas apa yang saya lakukan. Saya manusia dan terlepas daripada apa pun yang pernah saya lakukan pada masa lalu. Semua orang pernah membuat kesalahan,” katanya kepada Seven News.

Dalam salah satu kejadian tembak menembak untuk membunuhnya pada 2012, anaknya Giovanni, maut, manakala beliau sendiri tertangkap. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *