home Semasa Hamas tolak kenyataan Trump

Hamas tolak kenyataan Trump

 

GAZA: Hamas menolak kenyataan Presiden Donald Trump, yang mengaitkan pergerakan Islam Palestin itu dengan keganasan dan menganggap dakwaan itu sebagai menyebelahi Israel.

Trump membuat kenyataan itu ketika berucap kepada pemimpin 55 negara Islam di Riyadh Arab Saudi, hari ini. Dalam ucapannya, beliau meminta semua negara terbabit sepakat memerangi keganasan.

“Kenyataan yang menggambarkan Hamas sebagai kumpulan pengganas itu merosakkan imej kami dan terangan-terangan berat sebelah kepada penakluk Zionis,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum, dalam satu kenyataan. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *