home Semasa Pogba kongsi kegembiraan sambut Ramadan di Makkah

Pogba kongsi kegembiraan sambut Ramadan di Makkah

 

MAKKAH – Pemain bola sepak termahal dunia Paul Labile Pogba berkongsi kegembiraan bersama peminat dengan memuat naik gambarnya menyambut Ramadan di kota suci Makkah.

Pogba yang sedang menunaikan umrah itu turut mengambil kesempatan mengucapkan ‘Salam Ramadan’ kepada semua pengikut seramai 15.3 juta orang.

Gambar itu disertakan dengan kapsyen “Yang tercantik pernah saya lihat seumur hidup” bagi menggambarkan rasa damai ketika sedang berada di kota idaman seluruh umat Islam itu.

Gambar tersebut telah menerima 1.5 juta likes setakat ini.

 

 

Rabu lalu, beliau menjulang piala Liga Eropah selepas Manchester United menewaskan Ajax semasa perlawanan akhir di Stockholm, Sweden.

Setelah tamat musim perlawanan, Pogba telah berkongsi rakaman video beliau membawa beg pakaian sambil berkata beliau “dalam perjalanan” untuk menunaikan ibadah.

Pogba dilaporkan pernah berkunjung ke Makkah sekurang-kurangnya sekali semasa beliau menunaikan haji sebelum ini. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Pogba kongsi kegembiraan sambut Ramadan di Makkah

  1. Alhamdulillah. Tahniah semoga Allah mempermudahkan semua urusan umrah tn hj Pogba dan dikurniakan umrah yg baik dan sempurna . Aamiin Ya Robb.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *