home Semasa Arab Saudi gagalkan cubaan serang Masjidil Haram

Arab Saudi gagalkan cubaan serang Masjidil Haram

 

RIYADH, 29 Ramadan 1438H, Sabtu – Pihak berkuasa Arab Saudi berjaya menggagalkan cubaan serangan pengganas berhampiran Masjidil Haram, Makkah.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata, seorang lelaki merancang untuk menyerang masjid berkenaan dengan meletupkan dirinya ketika pasukan keselamatan mengepungnya di sekitar Masjidil Haram.

Kejadian itu menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang termasuk lima anggota polis cedera dalam runtuhan bangunan tiga tingkat, tempat suspek berlindung.

Lima suspek termasuk seorang wanita turut ditahan dalam serbuan waktu subuh di Makkah dan bandar Laut Merah.

Sebelum ini, empat pegawai keselamatan mati dalam insiden letupan dekat Masjid Nabi di Madinah.

Ia salah satu daripada tiga letupan nekad di seluruh kerajaan itu pada hari yang sama, dengan tujuh dipercayai terbunuh. Insiden lain berlaku di Jeddah dan Qatif. – Agensi

Sumber :ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *