home Semasa Bolehkah melakukan iktikaf di dalam surau?

Bolehkah melakukan iktikaf di dalam surau?

 

Soalan: Salam ustaz, bolehkah melakukan iktikaf 10 malam akhir ni kat surau kerana masjid agak jauh sedikit daripada rumah saya.

Jawapan:

Kami telah menjawap isu ini secara tidak langsung dalam artikel kami sebelum ini iaitu berkaitan solat tahiyatul masjid di surau di mana hukum iktikaf adalah sama seperti solat tersebut. Boleh rujuk disini:  http://muis.org.my/2015/02/solat-sunat-tahiyatul-masjid-di-surau/

Secara ringkasnya, ianya perlu dilihat kepada bentuk surau yang dimaksudkan. Jika surau yang dimaksudkan adalah satu binaan tersendiri dan dilakukan padanya solat jemaah lima waktu secara konsisten jemaah maka ianya mengambil hukum sama dengan masjid iaitu dibolehkan iktikaf di dalamnya walaupun tidak didirikan padanya solat jumaat.

Namun jika surau yang dimaksudkan adalah berbentuk ruang solat dalam satu bangunan tanpa adanya solat lima waktu konsisten seperti surau R&R di lebuhraya, stesen minyak, pasaraya, surau sementara dan lain-lain hukumnya adalah tidak dikira sah iktikaf di dalamnya. Ini jelas dalam athar bahawa Saidatina Aisyah menyebut:

عن عائشة رضي الله عنها قالت: ولا اعتكاف إلا في مسجد جماعة
“Daripada Aisyah ra berkata: Dan tidak ada iktikaf melainkan di masjid jemaah” (riwayat al-Baihaqi)

Ulama menafsirkan yang dimaksudkan masjid jemaah ini adalah tempat solat yang dilakukan solat jemaah lima waktu secara berterusan.

Bagi saya, adalah lebih baik juga jika Jabatan Agama Islam Negeri serta JAKIM sendiri boleh membincangkan cadangan yang disebut Jawatankuasa Fatwa di Negeri Sarawak pada tahun 2002 supaya surau-surau yang dilakukan solat jemaah lima waktu serta yang memenuhi ciri yang digariskan dalam fatwa tersebut ditukar nama kepada “masjid jemaah”. Mungkin dengan ini ianya dapat mengurangkan kekeliruan dikalangan masyarakat.

Wallahua’lam

Ustaz Muhammad Firdaus bin Zalani
Pegawai Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Sumber: http://muis.org.my/2017/06/bolehkah-melakukan-iktikaf-di-dalam-surau/

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *