home Semasa Isma, KTM jayakan kempen #QuranHour bersama anak yatim dalam tren ETS

Isma, KTM jayakan kempen #QuranHour bersama anak yatim dalam tren ETS

 

BANGI – Penganjuran #QuranHour dalam tren ETS mendapat sambutan menggalakkan khususnya umat Islam meskipun mereka dalam kekangan masa, kata wakil Biro Islamiyat Isma Pusat, Mohammad Amiruddin Zainuddin.

Jelas beliau, baru-baru ini Isma dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad menganjurkan #QuranHour bersama anak-anak yatim dari Asrama Kasih YBK, Yayasan Basmi Kemiskinan Serendah.

“Kami naik tren dari KL Sentral ke Kuala Kangsar. Program bersama anak yatim ini selama dua hari satu malam.

 

 

“Kami bermalam kampung Labu Kubong, Padang Rengas Perak. Pada malamnya, selepas solat terawih, kami adakan majlis bacaan quran bersama penduduk kampung,” katanya menceritakan perjalanan misi program #QuranHour.

 

 

Jelas Amiruddin, program membaca al-Quran di KTM adalah satu inisiatif yang baik bagi mendidik dan membudayakan membaca al-Quran di mana-mana sahaja kita berada.

“Ia bukan suatu yang pelik untuk membaca al-Quran di KTM ataupun di mana2 tempat awam yang lain, selagi kita tidak mengganggu ketenteraman orang lain,” katanya.

 

 

Program ini diadakan bersempena dengan kempen #Quran Hour untuk menarik minat orang Islam mendekati al-Quran. Ia juga adalah titik mulanya untuk mengajak orang Islam kembali mengenal apa itu Islam. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *