home Semasa Israel mahu tutup pejabat Al-Jazeera

Israel mahu tutup pejabat Al-Jazeera

 

BAITULMAQDIS – Selepas beberapa negara Arab bertindak menutup pejabat media dari Qatar, Al-Jazeera, Israel turut ingin mengambil pendekatan yang sama.

Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lirberman berkata, pihaknya menyokong penutupan pejabat media dari Qatar itu.

“Tiada sebab mengapa Al-Jazeera patut terus beroperasi di Israel. Ia bukan media, ia agensi propaganda seperti Kesatuan Soviet atau Nazi Jerman.

“Semua laporan ke atas Israel berat sebelah, sementara saluran ini tidak pernah mengutuk Iran,” dakwanya kepada radio awam.

Ketika ditanya bila biro itu akan ditutup, beliau berkata, pihaknya sedang mencari ‘penyelesaian undang-undang’.

Ketua Biro Al-Jazeera yang dipetik media Israel sebagai berkata, mereka akan merayu sebarang keputusan untuk menutup operasi.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu membayangkan kemungkinan menutup agensi itu Isnin lalu, lapor media Israel.

Pemimpin Israel menuduh saluran Qatar itu menyokong Hamas, pergerakan Islam Palestin yang mengawal Semenanjung Gaza. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *