home Semasa Laporan Arab Saudi haramkan jemaah Qatar beribadah di Tanah Suci palsu

Laporan Arab Saudi haramkan jemaah Qatar beribadah di Tanah Suci palsu

 

JEDDAH – Ketua Presiden Masjidil Haram dan Masjid Nabi menafikan laporan berita mengenai pengharaman jemaah Qatar untuk melakukan ibadah haji di tanah suci itu dan menyifatkan ia sebagai palsu.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, arahan daripada kepimpinan Arab mengesahkan bahawa penyediaan perkhidmatan dan prosedur memudahkan untuk semua jemaah di seluruh dunia adalah termasuk jemaah Qatar.

“Apa yang sedang disebarkan di media sosial tentang pengharaman jemaah Qatar daripada memasuki Masjidil Haram adalah palsu.

“Sejak 09/09/1438H (4 Jun), Kerajaan telah menerima 1,633 jemaah Qatar yang melakukan Umrah,” kata kenyataan itu.

Pihak masjid menggesa media untuk membuat pengesahan semula dan bertanyakan dahulu pada pihak berkuasa sebelum menyiarkan apa-apa.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas penyebaran berita palsu di beberapa laman rangkaian sosial yang melaporkan keputusan keraajaan untuk memutuskan hubungan dengan Doha menjejaskan jemaah haji dari Qatar. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *