home Semasa Maahad Tahfiz Al-Fateh bakal lahir Huffaz cemerlang

Maahad Tahfiz Al-Fateh bakal lahir Huffaz cemerlang

 

Kompleks Tahfiz dan Latihan Pendakwah Bersepadu merupakan satu projek yang diuruskan oleh Pusat Latihan dan Tahfiz Bersepadu Sdn Bhd. Matlamat utama penubuhan Kompleks Tahfiz dan Latihan Pendakwah Bersepadu ialah untuk menyediakan sebuah platform bagi menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat dan berteraskan Islam sebagai agama yang syumul.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan membentuk peribadi muslim yang unggul, menerapkan kemahiran insaniah islamiyyah, dan melahirkan muslim yang berkeperibadian seorang khalifah.

Sebagai sebuah Maahad Tahfiz giat menjalankan kegiatan-kegiatan dakwah, terutamanya di kalangan remaja, belia dan dewasa. Program-program yang telah dilaksanakan telah berjaya membentuk jatidiri ribuan peserta. Sasaran peserta bagi Kompleks Tahfiz dan Latihan Pendakwah Bersepadu ialah remaja di seluruh Malaysia.

Selain daripada itu, Kompleks Tahfiz dan Latihan Pendakwah Bersepadu turut menyediakan program dan kemudahan bagi peserta luar sama ada daripada agensi bukan kerajaan , jabatan kerajaan, pihak swasta atau pun individu yang ingin menggunakan perkhidmatan kompleks ini.

Untuk membuat sumbangan belian LOT boleh disalurkan melalui akaun:

PUSAT LATIHAN DAN TAHFIZ BERSEPADU SDN. BHD.

MAYBANK: 5628 3463 2065
BANK ISLAM: 12029 0100 73969

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *