home Semasa Maahad Tahfiz Al-Fateh perlukan dana RM2 juta

Maahad Tahfiz Al-Fateh perlukan dana RM2 juta

 

BANGI – Dana sebanyak RM2 juta diperlukan bagi Maahad Tahfiz Al-Fateh menjalankan sesi persekolahan pertama pada awal tahun depan.

Dana berkenaan akan digunakan untuk membina beberapa kemudahan sekolah seperti bangunan sekolah, padang dan asrama pelajar selain belanja operasi pentadbiran.

Pengelola Maahad Tahfiz Al-Fateh, Ustaz Mohd Asri Hashim berkata, maahad tahfiz ini ditubuhkan bagi memenuhi keperluan melahirkan generasi yang mengamalkan tuntutan Al-Quran dan mengekalkan hafazan sepanjang hayat.

“Kita melihat satu keperluan masyarakat menghantar anak-anak mereka ke maahad tahfiz, bukan sekadar menghafaz 30 juz Al-Quran, tetapi lebih kepada melahirkan generasi rabbani yang hidupnya dan akhlaknya adalah Al-Quran,” katanya kepada Ismaweb baru-baru ini.

Maahad Tahfiz Al-Fateh yang terletak Batang Kali ini kini sedang dalam pembinaan di atas tapak seluas 23 ekar yang dibeli dan sebahagiannya disumbangkan oleh dermawan.

Menceritakan kisah di sebalik penubuhan maahad tahfiz ini, Pengelola Bersama Maahad Tahfiz Al-Fateh, Ustaz Rusdi Alias berkata, idea bermula apabila beliau menerima amanah daripada anak muridnya sebidang tanah untuk dibangunkan maahad tahfiz.

“Dari situlah idea ini muncul dan saya berbincang dengan rakan-rakan termasuk Ustaz Asri bagaimana kita menjayakan projek ini.

“Maahad tahfiz sebenarnya adalah sebahagian daripada projek besar dalam jangka masa panjang iaitu membina kompleks latihan pendakwah di tanah ini.

“Kita yakin usaha ini dapat memberi sumbangan semula kepada masyarakat dengan lahirnya para huffaz dan pendakwah berkualiti di Maahad Tahfiz Al-Fateh ini,” katanya.

Selain menerima sumbangan pelbagai bentuk daripada orang awam, pihak pengurusan maahad juga telah mewujudkan inisiatif sendiri bagi mengumpul dana iaitu pakej Waqaf Al-Quran dan Takaful Kenderaan.

Orang awam yang berminat memberi sumbangan boleh melakukannya menerusi akaun atas nama Pusat Latihan dan Tahfiz Bersepadu Sdn Bhd (Maybank 562834632065) dan (Bank Islam 12029010073969).

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 019-3542769 atau layari laman Facebook Maahad Tahfiz Al-Fateh di sini. Ismaweb

www.indahnyaislam.ny

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *