home Semasa Penghuni Islam Menara Grenfell dianggap wira

Penghuni Islam Menara Grenfell dianggap wira

 

Penghuni Islam yang berjaga menunggu sahur antara jam 1 hingga 2 pagi menyelamatkan banyak nyawa dalam kebakaran Menara Grenfell kerana mereka yang menyedari kebakaran itu, mengejutkan jiran supaya menyelamatkan diri.

Mereka terhidu asap apabila kebakaran bermula kira-kira 1 pagi dan ketika berlari keluar menyelamatkan diri, mengetuk pintu rumah jiran memberitahu bahaya mendatang kerana penggera kebakaran dan penyiram air tidak berfungsi.

Antaranya, Khalid Suleman Ahmed, 20, yang tinggal di tingkat lapan berkata, dia bermain PS4 sambil menunggu sahur.

Fajar di London ialah kira-kira 2.40 pagi.

“Saya terhidu asap tapi loceng kebakaran tidak berbunyi.

“Saya melihat melalui tingkap dan nampak asap dari tingkat tujuh lalu mengejutkan ibu saudara. Kami segera keluar dan mengetuk pintu rumah jiran,” katanya.

Menurut Daily Mail, seorang lagi penduduk, Nadia Yousuf, 29, berkata penghuni Islam antara yang pertama memberi amaran kepada penghuni lain mengenai kebakaran itu kerana menyedari kejadian ketika bangun untuk bersahur.

Kini, pelbagai pertubuhan, termasuk pusat Islam dan masjid, gereja serta kuil Sikh menyediakan bantuan dengan membuka rumah ibadat masing-masing sebagai tempat perlindungan kepada mangsa. – Harian Metro

www.indahnyaislam.my

 

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *