home Semasa Umat Islam perlu baca al-Quran sepanjang masa

Umat Islam perlu baca al-Quran sepanjang masa

 

BAGAN DATUK – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak umat Islam supaya membaca al-Quran pada setiap masa dan bukan hanya semasa bulan Ramadan sahaja.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keistimewaan membaca Al-Quran antaranya akan diterangkan hati dan fikiran individu serta diberikan cahaya diwajahnya.

“Walau sibuk manapun, Al-Quran perlu dibaca sekurang-kurangnya satu juzuk sehari atau sehelai sehari dan bukannya dibaca apabila tiba bulan Ramadan.

“Al-Quran bukan hanya untuk dibaca, malah tafsirannya perlu difahami untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga kerana ia diturunkan untuk memberi petunjuk kepada seluruh manusia, ” ketika berucap pada majlis penutup Khatam dan Tadarrus Al-Quran Perdana sempena Ramadan 1438H/2017M peringkat Parlimen Bagan Datuk Isnin lalu.

Ahmad Zahid, yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk, berkata rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana kerajaan memberi cuti umum sempena Nuzul Quran setiap tahun.

“Nuzul Quran ini diadakan dalam untuk menyatukan hati dan fikiran umat Islam bukan bererti kita mengenepikan agama lain kerana kita juga menghormati agama mereka,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu Ahmad Zahid turut menyertai 1,423 peserta wanita, lelaki dan pelajar tahfiz dari Dun Rungkup dan Hutan Melintang, Khatam dan Tadarus al-Quran. – Bernama

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *