home Semasa Warkah buat pejuang homoseksualiti

Warkah buat pejuang homoseksualiti

 

Setiap insan pastinya inginkan kebahagiaan. Kebahagiaan itu tidak dapat diukur atau digambarkan, malah berubah-ubah mengikut keutamaan dan peredaran zaman. Maka apakah definisi kebahagiaan yang dimaksudkan?

Kebahagiaan itu, asasnya terletak pada usaha memenuhi setiap keperluan asas seorang insani seperti pendidikan dan ekonomi, seterusnya membentuk jaringan hubungan sosial-kemasyarakatan.

Menurut Aristotle, bahawasanya kebahagiaan intelektual merupakan puncak kepada segala bentuk kebahagian yang ada. Dalam konteks Islam pula, syariat agama hadir berteraskan lima prinsip maqasid syariah. Aqal berfungsi untuk mengikat segala maklumat-maklumat, disintesis semula kepada ilmu oleh wahyu dan hidayah.

Oleh itu, ummat islam tidak pernah boleh lari daripada landasan syariat dalam setiap penjanaan fungsi aqal yang sihat.

إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ

“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.” (Al-Aaraaf: 81)

Logik Akal Dr. Zakir Naik

Al-Farabi telah mengkelaskan manusia dalam kategori rational-animal, berkongsi akan komponen nafsu yang sama dengan haiwan. Nafsu sesekali tidak pernah patuh serta redha dengan syariat yang ditetapkan.

Oleh sebab itu, manusia adakalanya menginginkan sesuatu yang luar biasa jauh daripada fitrah kebiasaan dengan melakukan perkara-perkara haram, seterusnya berhajat melakukan hal-hal yang lebih ekstrem seperti orientasi seksual songsang gay dan lesbian.

Umumnya, homoseksualiti adalah bertentangan dengan agama dan hukum biologi manusia. Jika homoseksual itu bersifat hereditary, siapakah yang bersalah dalam hal ini? Ada yang mendakwa pelaku homoseks tidak bersalah, namun yang bersalah adalah Tuhan.

Maka, teori sebegini telah tertolak secara sendiri. Seorang muslim haruslah menolak teori homoseksualiti ini secara total dan dakwaan mempunyai hubungkait genetik kromosom manusia tanpa kompromi sedikit pun.

Liberalisme agama, jangan pandang sebelah mata

Kelantangan seorang jurnalis, Irshad Manji dalam menyokong hubungan seks sejenis, kahwin campur tanpa melalui proses pertukaran agama menjadi tumpuan dunia beberapa tahun kebelakangan ini.

Dalam keadaan dunia berkembang dengan tradisi berfikir secara kritis, beliau tampil berani menimbulkan hipotesis baru perdebatan hukum dalam agama. Antara idea-idea utama yang diketengahkan adalah liberalisme, pluralisme dan pentafsiran baru ruang berfikir dan kebebasan individu atas jenama hak asasi manusia.

Bagaimanapun, media massa barat cuba mengambil isu Irshad Manji untuk memburukkan nama negara kita dengan dakwaan tidak menghormati hak kebebasan beragama. Mengaku muslim, namun dalam masa yang sama hidup secara sekular dan berkiblatkan barat dari sudut nilai dan falsafah.

Wacana pemikiran seperti ini amatlah bahaya kepada ummah, kerana ianya menggugat integriti ummat Islam di Malaysia.

Apakah agama tidak relevan dan dinamik pada masa kini?
Apakah agama punya kebebasan tanpa keterikatan kepada nas-nas?

Kepada pendokong dan komuniti homoseks di luar sana,

Perubahan tidak bersifat mutlak, dari sudut praktikalnya haruslah beransur-ansur. Agama pula tidak bersifat keterpaksaan, maka jangan sesekali berputus asa dengan Tuhan. Selamat pulang ke pangkal jalan. Moga Allah permudahkan apa jua urusan.

Mohamad Azim Sholehin Bin Abdul Shukor
Pelajar Perubatan USIM

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *