home Semasa 500,000 pelarian kembali ke Syria

500,000 pelarian kembali ke Syria

 

GENEVA – Sekurang-kurangnya 500,000 rakyat Syria yang meninggalkan kediaman ketika perang sebelum ini sudah pulang ke rumah sejak Januari.

Agensi Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) memaklumkan, mereka kembali mencari anggota keluarga dan memeriksa harta benda yang ditinggalkan.

Jurucakap UNHCR, Andrej Mahecic berkata, dilaporkan kira-kira 440,000 orang meninggalkan negara yang dilanda peperangan, kembali ke rumah mereka, terutama di Aleppo, Hama, Homs dan Damsyik.

Selain itu, sekurang-kurangnya 31,000 pelarian di negara jiran turut pulang ke negara mereka, sekali gus menjadikan jumlah 260,000 pelarian yang pulang ke negara masing-masing sejak 2015.

Bagaimanapun, Mahecic berkata perangkaan itu hanya sebahagian kecil daripada lima juta pelarian Syria dari empat wilayah berkenaan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “500,000 pelarian kembali ke Syria

  1. Tahniah ..diatas usaha dan sebaran maklumat untuk perkongsian bersama.

    Semoga paparan ini melimpahkan rahmat kepada penyebarnya dan juga kepada yang mengaksesnya.

    Dengan harapan mendapat ganjaran paahala yang berlipat ganda daripa Allah subhanahuwataala.

    In Sya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *