home Semasa Biar kami pergi dan berjuang demi Al-Aqsa: Putera Arab Saudi

Biar kami pergi dan berjuang demi Al-Aqsa: Putera Arab Saudi

 

RIYADH – Anak lelaki almarhum Raja Arab Saudi, Raja Fahd Bin Abdulaziz menggunakan Twitter bagi membincangkan dan memperkatakan mengenai peristiwa yang berlaku ke atas Masjid Al-Aqsa dan sekatan yang dikenakan rejim Zionis terhadap umat Islam Palestin.

Putera Abdulaziz Bin Fahd mengajak umat Islam di seluruh dunia untuk bersama-sama umat Islam Palestin mempertahankan Masjidil Aqsa yang menjadi tanah suci ketiga dalam Islam.

“Setiap muslim wajib menyokong saudara kita di Palestin dan masjid suci Al-Aqsa, mengikut cara masing-masing. Wahai negara Muhammad, tunjukkan kepada mereka siapa kamu. Mengabaikan Al-Aqsa akan menjadi sesuatu yang hina dan Allah akan mempertanggungjawabkannya ke atas kita,” katanya.

Dalam satu lagi kenyataan yang dimuat naik, beliau berkata: “Wahai negara Muhammad dan Allah, masjid ketiga menjadi tawanan kepada jenayah pencerobohan, apakah tidak ada yang pandai daripada kita? Mari kita pergi dan berjuang, sama ada kita akan menang dan menyelamatkannya atau kita gagal, Allah akan mengampunkan kita.”

Beliau turut memuat naik video lawatan almarhum Raja Fahd ke White House, yang menekankan pentingnya mencari jalan penyelesaian mengenai isu Palestin dan memberi kemerdekaan kepada warga Palestin. – Ismaweb

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *